Categories
Filem Terkini

Tonton Video Pengumuman Rasmi BILL & TED 3 oleh Pelakon Asal, Keanu Reeves & Alex Winter!

Rancangan untuk penggambaran filem ketiga Bill and Ted telah kedengaran genap setahun yang lalu.

Namun sejak itu, terdapat banyak laporan bercanggah sama ada projek tersebut akan betul-betul terjadi atau sebaliknya.

Kini dengan secara rasminya sepertimana diumumkan oleh duo pelakon asal sendiri, Keanu Reeves dan Alex Winter bahawa mereka akan bersatu kembali untuk satu pengembaraan selepas 30 tahun filem pertamanya ditayangankan pada tahun 1989.

Dengan judul Bill and Ted Face the Music, ia dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia pada 21 Ogos, 2020.

Berikut adalah sinopsis lengkap yang sedikit sebanyak akan membongkar plot dan jalan cerita filem tersebut:

“Bill & Ted Face the Music will see the duo long past their days as time-traveling teenagers and now weighed down by middle age and the responsibilities of family. They’ve written thousands of tunes, but they have yet to write a good one, much less the greatest song ever written. With the fabric of time and space tearing around them, a visitor from the future warns our heroes that only their song can save life as we know it. Out of luck and fresh out of inspiration, Bill and Ted set out on a time travel adventure to seek the song that will set their world right and bring harmony in the universe as we know it. Together with the aid of their daughters, a new crop of historical figures, and some sympathetic music legends, they find much, much more than just a song.”

Sekiranya ada yang belum menonton atau tidak pernah dengar langsung tentang filem Bill and Ted’s Excellent Adventure (1989) atau Bill and Ted’s Bogus Journey (1991), kami menganjurkan anda terus mencari kedua-dua filem ini yang masih lagi segar untuk tonton semasa dan sangat menghiburkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.