Categories
Filem Terkini

Treler Filem Rasmi & Terakhir MOONFALL Jauh Lebih Ekstrem dan Gila!

Treler terkini daripada pengarah Stargate, Godzilla, Day After Tomorrow, 2012 dan Independence Day mengesahkan bahawa Roland Emmerich berjaya membuktikan memang tiada had untuknya menghasilkan sesuatu yang lebih luar biasa dari karya-karya beliau sebelum ini.

Bulan retak seribu. Bagaikan bulan jatuh ke riba. Semuanya direalisasikan malah lebih radikal bulan itu sendiri berkemungkinan adalah entiti kosmik makhluk asing yang bakal menghancurkan bumi!

Ia dibintangi Patrick Wilson (Aquaman), Halle Berry (John Wick: Chapter 3), Charlie Plummer (Boardwalk Empire), John Bradley (Game of Thrones) dan Donald Sutherland (The Hunger Games) dalam misi menghalang bencana besar menjurus ke arah kepupusan manusia itu sendiri.

Moonfall bakal berada di pawagam pada 4 Februari, 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.