Treler Komik BLACK PANTHER #1 Bongkar Rahsia Besar Kerajaan Wakanda!

Animasi, Filem, Komik, Media, Novel, Terkini, Wawancara

Menjelang November depan, novelis dan penulis skrip pemenang Anugerah Oscar John Ridley akan berganding bahu bersama pelukis komik Juann Cabal untuk menggegarkan Wakanda menerusi naskah terbaharu Black Panther #1.

Ia dilaporkan akan menjadi satu revolusi besar buat T’Challa dalam mengharungi cabaran seterusnya dalam sejarah Marvel Comics. Era baharu ini juga turut mendedahkan rahsia lampau Black Panther yang akan kembali menghantui dirinya dan mengancam bangsa Wakanda.

Setelah pulang ke tanahair dari pengembaraannya intergalaktiknya menerobos ruang angkasa lepas, Black Panther menerima seruan pertiwi yang tidak dijangka dan mendesak dari ejen perisikan rahsia Wakanda. Adiwira itu mesti mengejar masa bukan sahaja untuk menyelamatkan keadaan tetapi juga untuk memastikan agenda rahsianya selama ini masih disimpan rapi.

Kerana jika kebenaran terbongkar, ia akan menghancurkan segalanya!

Berikut adalah kenyataan daripada John Ridley yang dipetik menerusi satu wawancara khas bersama The New York Times baru-baru ini tentang karya terkini di atas:

“It’s a hybrid espionage-Super Hero thriller, but at its core, it’s a love story. And I don’t mean just romantic love, although there’s some of that as well. It’s love between friends. We’re coming out of a summer where we saw Black people fighting for our rights, standing up, fighting in ways that we haven’t had to do in years.”

“[It] was really important to me after the year we had where we can have these conversations with Black people and we can use words like love and caring and hope and regret and all these really fundamental emotions that everybody has.”

Black Panther #1 bakal berada di pasaran pada 10 November, 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *