Ini ada perkembangan terbaru yang melaporkan bahawa treler rasmi sulung untuk filem aksi hidup Mulan terbitan Disney akan disiarkan esok.

Dengan berdurasi tempoh masa 1 minit dan 32 saat, treler tersebut dijangka akan ditularkan semasa berlangsungnya Perlawanan Akhir Piala Dunia Wanita FIFA 2019 di antara Juara Bertahan (Amerika Syarikat) dan Juara Eropah (Belanda) pada hari Ahad bersamaan 7 Julai, 2019.

Menguatkan lagi laporan di atas adalah apabila salah seorang barisan pelakon filem tersebut iaitu Jimmy Wong telah menciap satu entri Twitter yang berbunyi:

“If you are excited about Mulan, you MIGHT want to start tuning into the World Cup coverage starting today. You might see something. Just maybe.”

Mulan merupakan sebuah filem aksi hidup yang dibikin semula berdasarkan filem animasi yang pernah ditayangkan pada tahun 1998. Ia akan meneruskan inisiatif Disney untuk pembikinan semula (remake) filem-filem animasi klasik seperti The Lion King, Dumbo, Aladdin, Beauty & The Beast, Maleficent (Beauty and the Beast) dan Cinderella.

Filem tersebut diarahkan oleh Niki Caro yang dibintangi oleh Liu Yifei, Donnie Yen, Yoson An, Gong Li, Jason Scott Lee, Jet Li dan Donnie Yen untuk tarikh tayangan rasmi seluruh dunia pada 27 Mac, 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *