Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

Vincent D’Onofrio Jawab Kritikan Peminat Terhadap Kingpin dalam HAWKEYE!

Vincent D’Onofrio dengan secara rasmi kembali beraksi sebagai Kingpin menerusi siri Hawkeye Disney+ baru-baru ini tetapi jelas nampaknya Wilson Fisk telah mengalami beberapa perubahan sejak kali terakhir dilihat menerusi siri Daredevil menerusi Netflix.

Watak protagonis bertubuh besar itu kelihatan lebih kuat, malah dapat mengelak daripada ditusuk dengan anak panah, dilanggar oleh kereta serta letupan besar. Kingoin juga berdaya mencampak Kate Bishop dengan begitu mudah seumpama kepingan kertas!

Sesetengah peminat masih mengkritik apa yang dianggap sebagai perubahan ketara kepada watak berbanding sebelum ini dan Vincent D’Onofrio sendiri telah menangani kecaman tersebut secara langsung dengan kenyataan di bawah:

“You know I learned recently, a couple of the fans, they were very excited about it, they were commenting about the strength that I have.Because I’m throwing Kate [Bishop] around and stuff. But, I totally forgot. I just saw a clip on Twitter of me and Charlie [Cox] fighting in [Stephen] DeKnight’s first season. Obviously, he’s an incredible director. He helped develop the character of Wilson Fisk.”

“There’s a scene that we shot on an alley, in a street in Brooklyn, where I’m literally throwing Daredevil through the air. Like, I’m picking him up and swinging him 15 feet into a garbage can. I do it a few times in that fight. It’s no different, it’s really not. So, I keep saying that it’s the same Fisk that was in Daredevil. It’s the same canon but people get confused about things. I understand.”

Wilson Fisk/Kingpin akan kembali dalam siri Echo Disney+.

Leave a Reply

Your email address will not be published.