Categories
Filem Konten Strim Televisyen Terkini

WANDAVISION Dilaporkan Separa Sitkom, Separa Filem Epik Marvel!

Pada awal minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan pihak Marvel Studios sedang mencari watak bayi untuk projek WandaVision. Dan yang terbaru sekarang adalah siri 6-episod yang bakal bersiaran menerusi Disney+ itu akan dipecahkan kepada dua bahagian!

Begini ceritanya:

Tiga episod awal akan disusun sebagai sebuah sitkom klasik Hollywood dengan fokus diberikan kepada watak utama, Wanda dan The Vision. Tiga episod seterusnya akan memberikan fokus kepada keduanya sebagai pasangan suami isteri dan ayah ibu kepada dua orang anak dengan anak ketiga yang sudah dewasa.

Kelihatan seperti Wanda sudah hilang kawalan kuasa mistiknya dan sudah mula “menyusun” laluan hidup berkeluarga.

Seterusnya ia dikhabarkan terus bersambung langsung menerusi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan membiarkan anak-anak mereka (Wiccan dan Speed dari Young Avengers?) hidup berdikari di serata Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Sudah tentu semua yang dilaporkan hanyalah khabar angin setakat ini dan ia masih terbuka untuk sebarang taklukan perubahan mahupun spekulasi.

Apa pula pendapat anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan yang tersedia di bawah entri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.