Categories
Artikel

Warner Bros. Discovery/DC Films Simpan Gimik Besar untuk SDCC 2022!

Kurang sebulan daripada sekarang, San Diego Comic Con (SDCC) akan muncul kembali secara fizikal untuk memenuhi nafsu serakah peminat komik seluruh dunia.

Dalam pada itu, ada banyak desas-desus yang kedengaran dengan beebrapa kejutan besar bakal berlaku di sana.

Antara yang paling sensasi adalah bagaimana Warner Bros. Disovery/DC Films bakal mempersembahkan segala macam judul komik, filem dan projek mereka kelak. Laporan ada menyebut pihak pengurusan studio sudah menyiapkan gimik khas untuk tujuan tersebut dengan Black Adam, Shazam! Fury of the Gods, The Flash, Aquaman and the Lost Kingdom, The Sandman dan House of Dragons sebagai tarikan utama. Ini belum termasuk lagi kejutan rahsia yang masih belum didedahkan dan dirahsiakan seperti sekuel JokerFolie à Deux.

Warner Bros. Discovery adalah konglomerat media serta pemilik divisyen-divisyen syarikat seperti DC Comics, DC Entertainment, HBO Max, Cinemax, CW, Cartoon Network, Adult Swim dan banyak lagi.

Manakala itu, Marvel Studios yang sudah tiga tahun ‘merajuk’ dan menyisihkan diri dari SDCC disahkan kembali untuk tahun ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Kevin Feige selaku Presiden Marvel Studios dan Penerbit Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Apakah kita bakal menyaksikan satu saingan luar biasa di antara dua powerhouse komik dunia ini dalam mengembalikan zaman kegemilangan konvensyen komik satu ketika dulu?

San Diego Comic-Con 2022 bakal berlangsung pada 21 sehingga 24 Julai, 2022.

Merchandise bag edisi khas dengan hasil ilustrasi oleh Jim Lee yang bakal diedarkan secara percuma semasa SDCC ’22.

Leave a Reply

Your email address will not be published.