Categories
Komik Televisyen Terkini

WarnerMedia Bakal Jual Milikan dan Seluruh Saham Saluran CW!

WarnerMedia dan ViacomCBS yang dimiliki AT&T dilaporkan sedang mencari pembeli untuk menjual sebahagian besar atau kesemua aset rangkaian CW menurut The Wall Street Journal. Ada beberapa pihak yang berminat untuk perolehan ini termasuk penyiar terbesar Amerika Syarikat, Nextar.

Sebelum ada pihak mula panik tentang masa depan program-program kegemaran DC TV yang disiarkan menerusi saluran tersebut, kenyataan sumber tersebut ada menyebut:

“The most prevalent scenario is Nexstar’s taking a controlling stake in the CW, with CBS and WarnerMedia remaining as minority owners and receiving commitments to be the primary program suppliers for the network.” 

Maknanya, siri popular sukaramai seperti The Flash dan Superman & Lois akan tetap diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Berita baik untuk semua peminat komik terutamanya DC Comics (setakat ini).

Leave a Reply

Your email address will not be published.