Categories
Blog

Wizard: Bukan Majalah Sembarangan untuk Pawang, Dukun atau Bomoh!

Pada satu masa dahulu di era kemuncak dan zaman kegemilangan saya sebagai kolektor komik, wujud satu kitab (majalah) yang sangat padu serta wajib dibeli oleh semua kolektor tegar setiap bulan.

Nama majalah itu adalah Wizard.

Dengan tagline “The Guide to Comics” dan kemudiannya bertukar ke “The Comics Magazine”, ia mula diterbitkan pada Julai 1991 dan ditamatkan penerbitannya pada Januari 2011 atas sebab yang ramai sedia maklum: Saingan digital dan tidak berevolusi.

Wizard #235. Terbitan Terakhir Majalah Kegemaran Kolektor Komik.

Ada terlalu banyak kandungan dan artikel eksklusif di dalama majalah ini sebelum teknologi internet dan media sosial diperkenalkan. Namun di antara banyak-banyak konten yang paling saya gemar malah paling diingati hingga kini, segmen tersebut dipanggil “Casting Call”.

Segmen ini didedikasikan untuk pemilihan pelakon untuk segala macam filem adaptasi komik oleh sidang editorial majalah tersebut berdasarkan rasional dan alasan mereka.

Paling gempar adalah apabila ramalan mereka itu mengena!

5/2019

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.