Zack Snyder Kembali dengan ARMY OF THE DEAD, Pilih Dave Bautista sebagai Bintang Utama!

Filem, Komik, Terkini

Zack Snyder telah mengambil keputusan untuk bertapa sejak meninggalkan projek filem Justice League (2017) di tangan Joss Whedon rentetan daripada tragedi kematian anak perempuannya lebih dua tahun lalu.

Tetapi akhirnya kini beliau sudah bersedia untuk kembali beraksi di belakang lensa kamera dengan projek baharu Netflix, Army of The Dead!

Lebih menarik, Dave Bautista (Guardians of the Galaxy, Avengers: Endgame) tampak telah memberikan gambaran awal sejak berita ini tertular menerusi saluran khabar angin suatu ketika dulu menerusi pelbagai sumber dan hari ini dengan rasminya diumumkan sebagai bintang utama.

Hasil filem arahan pertama Zack Snyder dahaulu adalah sebuah naskah bikin semula atau remake hasil karya asal legenda ternama George A. Romero berjudul Dawn of The Dead (2004, versi asal 1978) yang juga bertemakan serangan zombi. Dalam satu kenyataan kepada pihak media baru-baru ini:

“I love big action, I love big sequences. My movie brain starts clicking around and I was like, ‘We need to be shooting this now!’ Constructing these sequences really fired me up!!”

Zack Snyder akan mengarah dan menerbitkan filem ini bersama isterinya Deborah Snyder di bawah bumbung syarikat produksi penjenamaan baru, Stone Quarry.

Tiada tarikh tayangan rasmi telah ditetapkan tetapi anggaran bajet untuk projek ini dilaporkan dalam jumlah kasar USD$90 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *