Categories
Animasi Anime Anugerah Artikel Blog Filem Komik Lifestyle Manga Media Permainan Kanak-Kanak Permainan Video

Zaman Agung Kolektor Komik: Bahagian 2

Sesudah tamat persekolahan, maka pengajian saya di universiti sama sekali tidak membantutkan semangat serta nyalarasa untuk terus mengumpul lebih banyak komik lagi.

Jika tahun-tahun awal saya sebagai kolektor komik amatur yakni pada dekad 90an banyak dihabiskan sebagai satu tempoh eksplorasi dan ekperimentasi dengan titik sejarah besar seperti era kebangkitan The Image Comics Boys pasca kejayaan Spider-Man #1 (1990) dan X-Men #1 (1991) termasuk kejutan luar biasa lain seperti The Death of Superman dengan segala macam gimik-gimik hebat lain seperti variant cover yang meletup-letup, permulaan tahun 2000 turut membawa kembara komik saya ke satu era serba baharu.

Pada fasa ini, saya boleh mula mengiktiraf diri sendiri sebagai seorang kolektor komik profesional di atas berkat kajian dan rujukan berterusan menerusi internet dan sudah tentunya majalah Wizard pada ketika itu.

Lebih menarik, saya juga mula menghargai penulis komik sama rata dan sama rasa sepertimana pelukisnya sebelum ini.

Nama-nama legenda seperti Alan Moore, Frank Miller, Neil Gaiman, Grant Morrison, Mark Millar, Jeph Loeb, Geoff Johns dan ramai lagi sudah tersenarai dalam radar koleksi kotak komik saya saban minggu. Mereka inilah yang menghasilkan judul-judul komik hebat seperti Watchmen, The Dark Knight Returns, Sandman, The Kingsman, Kick-Ass dan Civil War.

Leave a Reply

Your email address will not be published.