Categories
Artikel Blog Filem Komik Lifestyle Manga Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Review

Zaman Agung Kolektor Komik: Bahagian 1

Jika ditanya berapa banyak jumlah keseluruhan koleksi komik yang ada dalam senarai simpanan, sudah pasti saya tidak dapat jawab dengan serta merta.

Apatah lagi untuk kesemua yang masih disimpan atau telah terjual.

Tetapi jika ditanya bila pertama kali saya mengumpul komik secara rasmi, saya boleh jawab dengan mudah. Segalanya secara tidak sengaja kerana minat saya sejak dari kecil yang suka menyinggah ke kedai sambil membelek majalah. Selagi tidak kena sound dengan owner kedai, selagi itu saya akan melekat lebih lama. Dulu ada satu kedai serbaguna yang menjual perkakasan sekolah, buku dan juga majalah termasuk komik berdekatan dengan kawasan taman perumahan tempat saya tinggal. Kalau tidak silap saya, nama kedai itu adalah Eco Enterprise.

Di kedai inilah bermulanya kecintaan saya secara tidak rasmi mengagumi komik buatan Amerika Syarikat seperti Marvel dan DC Comics. Antara yang terpaling awal pernah saya kumpul sudah tentunya komik Transformers yang diterbitkan pada penghujung tahun 1980an. Kemudian apabila kegilaan kad komik X-Men mula menular di sekolah, ada sebuah kedai komik di SS13 Subang Jaya bernama DCM mula menjadi tapak persinggahan tetap hampir saban hari. Walaupun keghairahan membeli dan mengumpul komik itu tidak lama tetapi kedai komik inilah saya diperkenalkan kepada dunia komik Amerika Syarikat yang jauh lebih luas pada tahun 1991.

1992 adalah zaman kemuncak saya sebagai kolektor di mana saya sudah tidak hirau lagi makan di kantin sekolah sewaktu masa rehat kerana lebih ghairah melaburkan wang saku diberikan orang tua untuk ke The Mind Shop dan kemudiannya Comics Corner yang terletak di SS15 Subang Jaya. Inilah tahun-tahun emas saya menggilai komik sampai tamat sekolah menengah yang mana kebetulah pula pada tahun-tahun sama Majalah Ujang menjadi satu fenomena luar biasa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.